Tuesday, October 14, 2014

( ) BADAN SIHAT


Empat perkara berilah perhatian
Untuk mengelak sakitnya badan
Disiplin yang tinggi kita amalkan
Biar pun sukar jangan tak lawan

Jaga makan
Ikutlah waktu jangan tak tentu
Makan dan minum biar bermutu
Makanan seimbang sangatlah perlu
Kalau dah kenyang cukuplah itu
Badan sihat sepanjang waktu


Jaga senaman
Banyak bersenam jadi amalan
Termasuklah juga apa pun sukan
Keluarkan peluh buangkan toksin
Lemak yang ada kita kurangkan
Badan sihat jadi idaman


Jaga tidur
Tidur yang cukup amatlah perlu
Elakkan waktu tidak menentu
Bila tak cukup tentulah lesu
Kalau dah lebih fikiran mudah keliru
Badan sihat baru boleh maju


Jaga emosi
Emosi dijaga hati boleh tenang
Kalau cepat marah hati tak senang
Fikiran positif jadi penerang
Sikap negatif patut dibuang
Badan sihat hati pun riang


Wan Nazarie
14/10/2014
Semenyih

No comments:

Post a Comment