Sunday, December 10, 2017

10. SEMASA BERNYAWA

Hidup hanya sementara
Di akhirat jua kekal selamanya
Tiba sahaja masa
Walau sesaat jua
Tiada siapa boleh menolong kita
Daripada dicabut nyawa
Oleh malaikat Izrail yang setia
Menerima perintah Tuhan Maha Esa

Tiada apa dapat dibawa
Meski harta berjuta
Pangkat ketika berkuasa
Darjah kebesaran yang diterima
Suami atau isteri yang ada
Cuma yang akan bersama
Amalan ketika bernyawa
Sudahkah kita bersedia

-Wan Nazarie
7/4/2016
Semenyih 

No comments:

Post a Comment