Sunday, December 10, 2017

13. KUASA PENA

13. KUASA PENA

Kita boleh menolaknya jatuh
Lalu dia pun rebah
Berdiri pun digagah-gagah
Kawan kata cukuplah
Dia sudah termengah-mengah
Mahu bernafas pun susah
Hanya Tuhan tempat menadah
Kita masih buat tidak kisah
Mahu lagi menolaknya ke bawah
Asalkan hati puas sudah

Memang kita ada kuasa
Memang dia tiada apa
Tapi kita jangan lupa
Dia masih ada
Ada rasa
Ada minda
Ada pena
Kita mampu menjatuhkannya
Tapi penanya
Bukan kuasa kita

-Wan Nazarie
16/11/2016
Semenyih


No comments:

Post a Comment