Sunday, December 10, 2017

15. GEMBIRA DAN SEDIH

Sedih ketika lebih...

Sedih bertambah harta
Andai kata kerananya
Kita menjadi riak

Sedih bertambah takhta
Andai kata kerananya
Kita bersikap tidak adil

Sedih bertambah isteri
Andai kata kerananya
Kita selalu berdusta

Gembira ketika kurang…

Gembira kekurangan harta
Andai kata kerananya
Kita lebih bertakwa

Gembira ketiadaan takhta
Andai kata kerananya
Kita bertambah iman

Gembira hanya seorang isteri
Andai kata kerananya
Kita bercakap benar 

-Wan Nazarie
1/4/2017
Cheras

No comments:

Post a Comment