Sunday, December 10, 2017

16. GELAP MATA

Pantang di depan mata
Mahu diterpa
Begitulah harta
Halal haram sudah tiada
Gelap mata
Orang merana tidak mengapa
Asal dapat walaupun tercela

Harta begini cuma sekejap
Lama-lama lesap
Tidur malam sukarnya lelap
Bangun pagi gelisah
Hari-hari resah
Baru sedar diri bersalah
Balasan daripada Allah

-Wan Nazarie
29/10/2016
Semenyih



No comments:

Post a Comment