Sunday, December 10, 2017

17. BERSENAM

Mari kita bersenam
Senaman memberi kebaikan
Menyihatkan badan
Meningkat kesegaran
Merehatkan minda
Mempertajamkan fikiran
Melancar darah berjalan
Mampu mengukir senyuman
Wajah muda bila dipandang
Hati gembira jelas kelihatan

Kalau malas bersenam
Boleh mengundang keburukan
Lemak melekat sukar dibuang
Mata mengantuk di waktu siang
Tubuh lesu yang berpanjangan
Penyakit pula mudah menyerang
Makan mula berpantang
Ubat disimpan banyak bergantang
Mahu berjalan rasa bergoyang
Hati kecewa bukan kepalang

-Wan Nazarie
24/11/2014
Semenyih 



No comments:

Post a Comment