Sunday, December 10, 2017

18. DUNIA DAN AKHIRAT

Ke manakah tujuan manusia
Ketika berjalan di pentas dunia
Ada yang masih kurang nyata
Jelas pun ada juga
Ada ingin dunia sahaja
Ada mahu akhirat semata-mata
Ada kedua-duanya

Dalam mencari jawapan
Para guru memberi pendidikan
Para ustaz memberi pengajaran
Para ilmuan memberi bimbingan
Para ulamak memberi pedoman
Semuanya itu tiada perbezaan
Untuk kita membuat pilihan
Dalam mengisi suatu perjalanan
Pilihlah jalan keseimbangan
Dunia dan akhirat jadikan sasaran 

-Wan Nazarie
15/12/2014
Edinburgh UK

No comments:

Post a Comment