Sunday, December 10, 2017

19. BALASAN BAIK

Sekecil mana
Atau sebesar apa
Dilakukan oleh kita
Balasan pasti ada
Bakal kita terima
Cuma yang berbeza
Hanyalah masa

Pada suatu ketika
Ada orang menderita
Akibat ditimpa bencana
Sehingga habis segala harta
Tetapi keluarganya masih ada
Untuk dijaga dan disara
Tiba-tiba kita memberi derma
Mungkin jumlahnya tidak seberapa
Sudah cukup buat seketika
Untuk mereka menyara

Kehidupan terus berjalan
Tidak siapa tahu masa depan
Mengharapkan kebahagiaan
Dengan seribu harapan
Tiba-tiba datang kesenangan
Tanpa kita jangkakan
Syukur kita ucapkan
Kita tertanya sendirian
Kenapa kita jadi pilihan Tuhan
Rupanya ada jawapan

Masihkah ingat sewaktu dahulu
Kita pernah membantu
Orang yang sangat perlu
Walau pun kita tidak mahu tahu
Siapakah dia itu
Tapi Tuhan pasti tahu
Apa yang berlaku
Lalu diberi sesuatu
Sebagai balasan terdahulu
Kepada orang yang suka membantu 

-Wan Nazarie
12/12/2014
Edinburgh UK


No comments:

Post a Comment