Wednesday, December 13, 2017

21. TANPA GURU

Ada kata guru ada kata cikgu
Tidak kisahlah mahu panggil mana satu
Bukan mudah hendak jadi guru
Jangan bermimpi kalau tiada ilmu
Harus berkursus di kolej pengajian guru 
Sifat penyabar sangatlah perlu
Masa mengajar tidak boleh jemu
Untuk melahirkan insan yang maju

Pagi-pagi pergi ke sekolah
Ke mana sahaja tidak jadi masalah
Walau ke desa sedia dipindah
Jalan sukar sanggup diredah
Tugas mengajar bukan mudah
Menjaga pelajar lagilah payah
Kualiti mengajar menjadi wadah
Kejayaan pelajar sangat diendah

Tanpa guru apalah kita
Tanpa guru ke manakah kita
Tanpa guru di manakah kita
Tanpa guru siapalah kita
Jiwanya kental bagai permata
Hatinya mulia tidak terhingga
Jasanya tinggi jangan dikira
Moga dirahmati Tuhan Maha Esa

-Wan Nazarie
12/10/2016
Semenyih



No comments:

Post a Comment