Wednesday, December 13, 2017

23. KASIH ISTERI

Waktu bernikah hati berjanji
Untuk menjaga isteri dikasihi
Mahu bersama sehidup semati
Saling membantu mencari rezeki
Keluarga bahagia impian di hati

Isteri gembira tidak terhingga
Mendapat suami yang dicinta
Terpaksa berpisah dari keluarga
Tidak kira di mana suami membawa
Rezeki sedikit tidak mengapa
Asalkan hati selalu bersama

Suami bekerja sampai ke petang
Isteri di rumah tidak duduk senang
Semuanya kerja hendak ditanggung
Peluh yang keluar tidak terhitung
Penat dan lelah bukan penghalang
Asalkan suami hatinya riang

Suami bertambah rezeki isteri gembira
Itulah berkat doa isteri setia
Rumah yang baru sudah pun ada
Pergi ke mana mula naik kereta
Pakai kad kredit tidak kira berapa
Cara hidup sudah semakin bergaya

Kasih sayang isteri bukan sedikit
Rela berkorban tidak kira tempat
Apa suami suruh semua dibuat
Badan masih lemah hati tetap kuat
Selalu minta doa agar hidup berkat
Kasih isteri hingga ke akhir hayat

-Wan Nazarie
10/10/2016
Kajang


No comments:

Post a Comment