Wednesday, December 13, 2017

25. PADA MATA

Punya wang cukup bergaya
Harta simpanan jangan ditanya
Rumah kediaman bagai istana
Pangkat ada kuasa pun ada
Mahu makan tanya selera
Sering melancong di luar negara
Pada mata nampak ceria
Tetapi jiwanya memang merana

Punya wang cukup untuk makan
Jauh sekali untuk disimpan
Rumah disewa bayar bulanan
Hendak melancong cuma impian
Apa tidak pantang semuanya makan
Tidak kira manis atau pun masin
Pada mata nampak kesusahan
Tetapi jiwanya tidak tertekan

-Wan Nazarie
14/3/2017
Semenyih


No comments:

Post a Comment