Wednesday, December 13, 2017

26. MH370 DAN MH002

Tanggal 7 Mac 2014 hari dinanti
MH002 pesawat yang akan dinaiki
Tiba di KLIA wajah berseri-seri
Pukul 11.50 malam waktu diberi
Tanggal 8 Mac 2014 sudah kemari
Pukul 12.25 pagi berlepas pergi
Ke kota London itulah destinasi

Pesawat MH370 menunggu masa
Pukul 12.30 pagi terus ke angkasa
Menuju Beijing kota sejahtera
Pakat berdoa pada Tuhan Maha Esa
Semoga selamat tiba seperti biasa

Dalam negara kecoh semua orang
Sebuah pesawat MAS baru saja terbang
Sudah heboh dilaporkan hilang
Isteri di rumah sangatlah bimbang
Anak di seberang terus tidak tenang

Berita selanjutnya menjadi tatapan
MH370 yang tidak dapat dikesan
Anak dan isteri tiada lagi rasa tertekan
Mendapat tahu MH002 masih di awan
Selamat mendarat terus didoakan

Tiba di London barulah tahu
Diri bersyukur hati terharu
Mengenangkan apa yang berlaku
Ke atas nasib penumpang dan kru
Hanya Allah sahaja yang maha tahu

Gerakan mencari usaha kerajaan
Walau di darat atau pun lautan
Amat mengharap MH370 dapat dikesan
Wang ringgit bukanlah halangan
Sifat kemanusiaan jadi keutamaan

Sudah berbulan masih tidak jumpa
Mungkin hidup atau pun tiada
Usaha berterusan sampai bila-bila
Marilah berdoa pada Tuhan Maha Esa
Kalau masih hidup, harap dapat bersua
Jika sudah tiada, harap semuanya sejahtera
Semoga MH370 dapat menutup cerita

-Wan Nazarie
29/9/2014
Semenyih 



No comments:

Post a Comment