Wednesday, December 13, 2017

29. JIKA IBU KITA

Jangan ditanya kasihkah kita
kepada ibu kita
Tanyalah kita kasihkah dia
kepada kita
kerana tanpa kasihnya kepada kita
sudah ternyata jalan hidup kita
sentiasa kecewa
selalu derita
tidak gembira
tiada bahagia
kerana kita lupa dia itu siapa
walau sudah tua tetapi orang tua kita

Susahnya dia
sakitnya rasa
lahirkan kita
Penatnya dia
pahitnya rasa menjaga kita
membesarkan kita
Tanpa kasihnya kepada kita
hidup kita susah yang nyata
mati kita masuklah neraka
Tetapi adalah nyata
jika ibu kita kasihkan kita
dunia kita jalanya gembira
cukup bahagia
Matinya kita masuklah syurga
Janji Allah jelas ternyata

-Wan Nazarie
18/11/2014
Langkawi


No comments:

Post a Comment