Wednesday, December 13, 2017

30. TIBA MASA

Hari ini kita gembira
Mendapat yang kita suka
Senyum sendiri tidak terasa
Hati kata macam tidak percaya
Kawan pun ramai yang memuja
Rata-rata tumpang ceria

Tetapi kita jangan lupa
Itu hanyalah sementara
Untuk kita merasa
Apa itu harta atau kuasa
Tiba masa habislah semua
Kita pun jadi orang biasa

Kita miliki adalah amanah
Jangan dibiar menjadi musnah
Mesti pandai mengatur langkah
Kuasa diguna biar berfaedah
Sikap diamal biar merendah
Barulah hidup akhirnya indah

-Wan Nazarie
16/11/2014
Semenyih


No comments:

Post a Comment