Wednesday, December 13, 2017

33. WAHAI TEMANKU

Naiknya aku keranamu sahabatku
Turunnya aku keranamu kawanku
Kalian adalah temanku

Kulihat sahabatku bagai singa 
Mahu menerkam siapa sahaja
Tetapi hatimu selembut sutera
Keranamu aku di atas

Kulihat kawanku bagai bunga 
Mahu bersama duduk semeja
Tetapi hatimu sekeras batu bata
Keranamu aku di bawah

Doaku pada kalian wahai temanku
Ingatlah pada Allah setiap waktu
Semoga jasamu dikenang selalu

-Wan Nazarie
Kuantan
22 Julai 2011

No comments:

Post a Comment