Tuesday, December 5, 2017

4. REZEKI

Rezeki tidak datang sendiri
Harus berusaha untuk mencari
Belum pasti kita memperolehi
Apa lagi hanya memeluk diri
Sudah pasti tiada apa kita miliki

Kita beringat waktu berusaha
Dapat sedikit tidak mengapa
Asalkan halal buat keluarga
Wang banyak tidak berguna
Jika haram datangnya punca

Rezeki halal banyak faedah
Ke mana pergi hati tidak susah
Jumpa siapa rasa tidak bersalah
Tidur malam lenanya mudah
Hidup bahagia begitu indah

Rezeki haram banyak keburukan
Bangun pagi rasa tertekan
Hilang selera waktu makan
Nampak bayang jadi ketakutan
Hidup merana penuh dugaan

-Wan Nazarie
2/10/2016
Semenyih


No comments:

Post a Comment