Wednesday, December 13, 2017

41. PERMUAFAKATAN

Hidup ini seperti perlumbaan
Dikira menang siapa di depan
Perlumbaan perlukan kekuatan
Kekuatan perlukan persediaan
Persediaan perlukan perancangan

Visi dan misi tentukan arah tujuan
Strategi disusun licinkan pelaksanaan
Siapa terlibat diberi penjelasan
Semua pihak harus ada penglibatan
Mana yang kurang diberi latihan

Fokus utama jagalah pelanggan
Harapan mereka harus dilayan
Hilang mereka susahlah sakan
Pelanggan bertambah jadi harapan
Pelanggan percaya itulah kekuatan

Kita bekerja bukan berseorangan
Kerja bersepakat teras kejayaan
Kebajikan mereka usah diabaikan
Lonjakkan mereka jika berkelayakan
Barulah wujud semangat berpasukan

Dari jauh indahnya pemandangan
Kawasan di atas cantik menawan
Rupanya di bawah ada kebocoran
Bawahnya lemah habislah kekuatan
Runtuhnya bukit tidak dijangkakan

Jika sudah runtuh siapa didisalahkan
Daripada mencari untuk menekan
Baiklah kita wujudkan permuafakatan
Lemahnya kita kerana perpecahan
Kuatnya kita kerana permuafakatan

-Wan Nazarie
19/10/2016
Semenyih

No comments:

Post a Comment