Wednesday, December 13, 2017

43. MUJURNYA KITA

Ternampak seorang lelaki tua
Di persimpangan jalan raya
Berdiri memegang bendera
Menghisap rokok cukup bergaya
Tidak peduli panas membara
Meniup seruling buat seketika

Orang melihat katanya gila

Senyumnya nampak gigi
Ketawa sambil menari
Bicara seorang diri
Bertindak sesuka hati
Meniup wisel berkali-kali
Tidak siapa berani dekati

Mujurnya kita

Fikiran waras lagi sempurna
Hidup gembira bersama keluarga
Mampu makan ikut selera
Memakai pakaian pelbagai warna
Sekali-sekala pergi mengembara
Syukur kita kepada Tuhan Maha Mulia

-Wan Nazarie
17/10/2016
Semenyih

No comments:

Post a Comment