Wednesday, December 13, 2017

46. ORANG ZALIM

Hati sedih boleh terlupa
Bila mendengar kawan ketawa
Kawan ketawa tidak terkira
Kawan bersedih sedikit sahaja
Biar bersedih kita dianiaya
Daripada diri digelar penganiaya
Kita dizalimi tentu kecewa


Biarkan orang zalim bergembira
Kita kecewa bukan lama
Sampai masa bahagia pun menjelma
Orang zalim pula 
Masa pasti akan tiba
Mendapat balasan Tuhan Maha Esa
Kata nasihat para pujangga

-Wan Nazarie
14/4/2017
Semenyih

No comments:

Post a Comment