Wednesday, December 13, 2017

49. TEGURAN

Berilahlah teguran
Ibubapa kepada anak-anak
Suami kepada isteri
Isteri kepada suami
Guru kepada murid
Pemimpin kepada pengikut

Orang tua kepada orang muda
Biar pun pahit untuk ditelan
Namun kita sesama insan
Teguran untuk kebaikan
Memang perlu dalam kehidupan

Kita bukan sempurna
Pasti ada membuat kesilapan
Tanpa teguran
Kesilapan akan berterusan
Berpanjangan tanpa hentian

Hanya dengan teguran
Boleh melahir kesedaran
Boleh membawa keinsafan
Boleh berlaku perubahan
Membawa kita berada di atas landasan
Orang yang bertakwa dan beriman

-Wan Nazarie
20/5/2017
Semenyih



No comments:

Post a Comment