Wednesday, December 13, 2017

50. KITA SUDAH MERDEKA

Malaysia kita negara merdeka
Tempat tinggal pelbagai bangsa
Ada Melayu dan Bumiputera
Juga Cina dan India
Kita merdeka atas nama setia
Merdeka, merdeka, merdeka

31 Ogos 1957 tarikh keramat negara
Stadium Merdeka tempat bergema
Suara semangat pemimpin utama
Diikuti suara seluruh rakyat jelata
Bersatu hati bersatu suara
Merdeka, merdeka, merdeka

Laungan kedengaran di pelusuk negara
Pemimpin dan rakyat begitu gembira
Perwira perkasa pejuang berjasa
Seluruh media ceritakan sama
Sudah merdeka negara tercinta
Merdeka, merdeka, merdeka

Kita sendiri menjadi pemerintah
Membela nasib rakyat jelata
Bersama kita memegang amanah
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Merdeka, merdeka, merdeka

-Wan Nazarie
16/9/2016
Semenyih

No comments:

Post a Comment