Thursday, December 14, 2017

52. SEMANGAT BERPASUKAN

Mampukah lidi sebatang
Mahu membersih satu kawasan
Pastinya tidak mungkin
Kita bekerja bukan seorang
Perlu bertindak dalam kumpulan
Bersatu hati teras perkhidmatan


Kerja berhasil matlamat majikan
Kepuasan pelanggan menjadi harapan
Tunjuk ajar tanggungjawab pemimpin
Kerja bersungguh-sungguh setiap orang
Tidak kira apa pun halangan
Tempuhinya dengan semangat berpasukan

Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Yang rosak kita perbaiki
Yang lemah kita perkuatkan
Yang jatuh kita bangunkan
Jadikan prinsip semangat berpasukan

-Wan Nazarie
3/10/2016
Semenyih

No comments:

Post a Comment