Thursday, December 14, 2017

56. POLIS

Tugas polis bukan mudah
Pakai uniform gagah terserlah
Kerja mencari orang buat salah
Tersilap langkah membawa padah
Badan harus kuat hati harus tabah

Tugas polis mencegah jenayah
Ketenteraman awan menjadi wadah
Memastikan rakyat tidak gelisah
Bila-bila masa sanggup dikerah
Agar masyarakat tidak susah

Tugas polis menjaga keamanan
Tiada mereka tiada kedamaian
Sukarlah kita mencari makan
Rakyat hidup dalam ketakutan
Mujur ada polis pastikan keselamatan

Tugas polis memang mulia
Waktu bertugas kemas bergaya
Peraturan dan disiplin sentiasa dijaga
Keharmonian masyarakat tujuan utama
Jasa polis dikenang jua

-Wan Nazarie
6/11/2016
Semenyih

No comments:

Post a Comment