Thursday, December 14, 2017

58. BANGSAKU

Aku tetap aku
Bangsaku tetap bangsaku
Tuhan telah memilih aku
Menjadi bangsa begitu
Tiada siapa boleh merubah aku
Sebagai bangsaku
Kuat bangsa kerana bersatu
Lemah kerana berseteru

Ilmu biar penuh di dada
Mengejarnya sampai tua
Jangan terlena nanti terhina
Ilmu itu teras untuk berjaya
Mampu memiliki isi negara
Merekacipta sumber yang ada
Bangsa berilmu bangsa perkasa
Tegak berdiri di persada dunia

-Wan Nazarie
25/5/2017
Jakarta


No comments:

Post a Comment