Thursday, December 14, 2017

59. USAH DISOAL

Tuhan menjadikan kita
Dari pelbagai bangsa
Pelbagai rupa
Warna kulit yang berbeza
Miskin dan kaya
Bijak dan lemah
Tinggi dan rendah
Sihat dan sakit

Tuhan Maha Adil
Walaupun berbeza
Namun begitu
Masih banyak yang serupa
Tanpa mengira siapa
Mereka tetap sama
Boleh ketawa
Boleh gembira 

Jangan disoal siapa kita
Rupa kita
Itu ketentuan Tuhan
Lebih baik mencari jalan
Untuk maju ke depan
Boleh berjalan ke mana sahaja
Tidur dengan lena
Semua itu ada jawapannya

-Wan Nazarie
7/3/2017
Semenyih


No comments:

Post a Comment