Thursday, December 14, 2017

62. MEMBERI

Dalam mengisi kehidupan
Kita bekerja demi masa depan
Rezeki sedikit bukan alasan
Untuk kita berputus harapan
Biar peluh bertitisan
Walaupun sakit terasa di badan
Semuanya itu bukan halangan
Untuk kita meneruskan pencarian

Pabila rezeki datang melimpah
Jangan sampai pula tertumpah
Di tempat tidak berfaedah
Wang dan harta itu amanah
Untuk kita mengagih-agih
Bersedekah kepada yang menadah
Memberi kepada yang susah
Agar mereka tidak resah gelisah

-Wan Nazarie
24/5/2017
Bandung

No comments:

Post a Comment