Thursday, December 14, 2017

65. WADAR

Wadar bertugas demi negara
Pegawai penjara dipanggil juga
Bertembok tinggi tempat bekerja
Banduan dijaga sepanjang masa

Jagaan selamat tujuan utama
Tugas mencabar menanti bahaya
Setiap detik kawalan dijaga
Bukan sedikit bilangan mereka
Kadang terlebih hingga berganda
Gelagat yang ada sukar dibaca
Penjara selamat masyarakat sejahtera

Memulih banduan tugas mulia
Strategi diatur pelbagai cara
Bukan senang merubah manusia
Harus pandai dalam berbicara
Bersabar waktu sengketa
Keinsafan mereka harapan keluarga
Banduan berjaya masyarakat sejahtera

-Wan Nazarie
26/05/2017
Semenyih


No comments:

Post a Comment