Thursday, December 14, 2017

66. RAMADAN

Bulan Ramadan menjelang tiba
Waktu sebulan kita berpuasa
Rukun Islam teras agama
Perintah Tuhan wajib dijaga
Dalam meniti jambatan takwa
Mati dalam iman doa dipinta

Kita berlapar diuji Tuhan
Mengikat perut hingga ke petang
Bukan mudah hendak menahan
Nafsu makan selalu menjelang
Mendesak kita jangan bertahan
Hanya kesabaran senjata melawan

Amal baik pahala berganda
Sedekah dihulur menghakis dosa
Solat terawih mencurah pahala
Lailatul qadar malam istimewa
Siapa beramal beruntunglah dia
Ramadan bersinar membawa cahaya

Sebulan berpuasa menutup Ramadan
Baru sebentar sudah melambai pulang
Kita berjaya dalam berjuang
Wajar dirai tanda kemenangan
Semoga diterima segala amalan
Ada rezeki bertemu lagi tahun hadapan

-Wan Nazarie
28/05/2017
Semenyih


No comments:

Post a Comment