Thursday, December 14, 2017

67. TEMPAT BERGANTUNG

Kelmarin gembiranya hati
Hari ini susah datang lagi
Perit terasa dalam diri
Malas hendak berdiri
Mahu tidur sepanjang hari
Sering bertanya diri sendiri
Mengapa begini boleh terjadi

Lama memikir apa jawapan
Siapakah yang mengizin kesusahan
Tentulah Tuhan Pencipta Alam
Rupanya masih ada harapan
Mintalah tolong pada Tuhan
Memohon doa dalam sembahyang
Hanya Dia tempat bergantung

- Wan Nazarie 
23/1/2017
Semenyih


No comments:

Post a Comment