Thursday, December 14, 2017

68. RUMPUN MELAYU

Melayu berkulit sawo matang
Warna coklat juga disebut orang
Brown People ada dikarang
Malay People kata setengah pengarang
Melayu tetap ada sehingga sekarang
Jumlahnya ramai tidak terbilang

Melayu itu darah
Melayu itu DNA
Melayu itu keturunan
Melayu itu etnik
Melayu itu bangsa
Melayu itu rumpun
Melayu itu akar

Melayu mungkin Islam
Melayu mungkin Kristian
Melayu mungkin Buddha
Melayu mungkin Hindu
Melayu mungkin Animisme
Melayu mungkin tiada agama

Melayu boleh kuat
Melayu boleh melarat
Melayu boleh teguh
Melayu boleh runtuh
Melayu boleh gagah
Melayu boleh rebah
Melayu boleh cemerlang
Melayu boleh kecundang

Nama Melayu hanyalah istilah
Esok atau lusa mungkin berubah
DNA Melayu tidak boleh diubah
Kerana Tuhan menentukan darah

Negara Malaysia ramai kaum Melayu
Bumiputera lain pun rumpun Melayu
Orang Asli asalnya juga darah Melayu
Etnik di Nusantara pun akar Melayu

Bangsa maju bangsa dihormati
Patuh beragama lagi disegani
Hidup berbudaya harus diabadi
Tambahkan ilmu sesungguh hati
Jangan bergaduh jangan berkelahi
Buruk padahnya hancurlah diri
Mudahlah orang mengatur strategi
Kalau sudah hilang mana hendak cari

Tak Melayu hilang di dunia
Kata Hang Tuah pahlawan Melaka
Jadikan ingatan sampai bila-bila
Majukan Melayu agenda utama
Rancang sesuatu selagi berkuasa
Lemah pemimpin habislah bangsa
Pimpinlah Melayu menjadi perkasa
Maju Melayu negara sejahtera

-Wan Nazarie
6/8/2016
Kajang


No comments:

Post a Comment