Sunday, December 10, 2017

7. MENCURI

Mencuri harta
Kerja mencuri jangan dicari
Kalau ditangkap pakailah gari
Kalau masuk penjara susahlah diri
Siapa hendak menanggung anak dan isteri
Hidup menderita berhari-hari

Mencuri masa
Jangan mencuri masa
Gaji dibayar untuk bekerja
Membuang masa tidak usah direka
Kalau tuang kerja Tuhan tidak suka
Nanti tidak berkat hidup bekeluarga

Mencuri tenaga
Kerja utama cuma seketika
Kerja sampingan banyaknya masa
Kerja kita diwakilkan sahaja
Kerja ringan kita punya
Kerja berat orang punya

Mencuri pangkat
Kawan jadi lawan
Orang bawah tiada perhatian
Orang atas terlebih layanan
Asalkan mencapai impian
Kerja begini minta dijauhkan

Mencuri kuasa
Bukanlah salah memiliki kuasa
Asalkan betul cara berlumba
Lorong yang salah ditempuh juga
Mahu berkuasa dengan segera
Cara begini memang tidak direda

-Wan Nazarie
25/3/2017
Bukit Broga


No comments:

Post a Comment