Thursday, December 14, 2017

70. MASA

Masa itu bernilai 
Bila melangkah pergi
Menoleh tiada lagi
Biar berisi
Perkara bererti

Masa cepat berlalu
Jangan mahu menunggu
Menanti di lain waktu
Untuk merubah laku
Bila rugi jiwa terganggu

Setiap ruang masa
Buat apa sahaja
Asalkan berguna 
Hidup senang di dunia
Di akhirat pun bahagia

-Wan Nazarie 
30/5/2017
Semenyih


No comments:

Post a Comment