Sunday, December 10, 2017

9. MENBAZIR

Membazir jangan amalkan
Bukan senang mencari makan
Kita berusaha dalam pencarian
Berstrategi menarik pelanggan
Untung menjadi harapan
Rezeki sedikit kita kumpulkan

Jimat ketika berbelanja
Cermat dalam mengira
Mengawal sumber yang ada
Makan jangan bersisa
Siang berlampu tiada
Air dijaga waktu diguna

Elak membazir tentu berfaedah
Sikap begini rahmat melimpah
Tuhan kurnia hidup yang berkat
Syaitan kecewa lari cepat-cepat
Amalan baik tuntutan masyarakat
Biar menjadi budaya sejagat

-Wan Nazarie
30/5/2007
Semenyih


No comments:

Post a Comment